Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 6 - Perang Di Kuala Linggi - 1978

SHALATTAS - 6 - Perang Di Kuala Linggi - 1978



ISI KANDUNGAN

1. Manusia Istimewa
2. Pandahuluan Kata
3. Mengapa Buku Ini Di Tulis
4. Apa Orang Melayu Melaka Ada
5. Kebun Melayu
6. Siapa Ghani Ishak Yang Sebenarnya
7. Ahmad Isnin Menentang Estate Melayu
8. Manusia Dengan Keldai
9. Memorendam Gang 2
10. Jangan Jadi Saksi Pembohong
11. Pemimpin Pendusta Rakyat Binasa
12. Pesan Datuk Lee San Choon
13. Perdana Menteri Jadi Tun Perak
14. Firasat Datuk Hussien Onn
15. Lahirnya Seorang Pemimpin
16. Melayu Diabad 20
17. Kenapa Jadi Professor?
18. Singgahsana Pengembara
19. Siapa Gaffar Baba
20. Rakyat Melaka Mahukan Pemimpin Yang Berkalibar
21. Rahsia Mengenal Diri
22. Siapa Ganti Ghani Ali
23. Siapa Sebenarnya Yang Kotor
24. Kata Penutup



Sasudah berjaya menguruskan produksi filem "PENAGIH DADAH" bersama pengarah Mat Sentul. Yang ceritannya Asalnya oleh Tan Sri Othman Saat, Yang menelan belanja hampir $300,000 dibiai oleh kerajaan Negri Johor. S.H.ALATTAS bekas sa orang sales Executive, Peragawan, Pelakun tambahan, Bekas Nazir Madrasah Alattas Johor Bahru yang lebih dikenal dengan nama pena "PAK BELALANG MODEN" Saorang Ahli Firasat Negara yang dikenali diSeluruh Malaysia, Singapura, dan Indonesia sbagai AHLIL NUJUM MODEN yang terkemuka.

"PERANG DI KUALA LINGGI" adalah hasil Karya S.H.ALATTAS yang terbaru yang akan mendedahkan Rahsia Dalam Rahsia. Buku ini bukan saja akan menggemparkan Penduduk di Melaka, tapi akan mengonchangkan dan menggegarkan rakyaat diseluroh Malaysia. Buku ini akan terbit dalam tiga Bahasa. Melayu, Inggeris dan China. Citakan Pertama dalam bahasa Malaysia cuma 30,000 ibu naskah saja.

Antara buku buku S.H.ALATTAS yang paling laris dan sudah beberapa kali diulang citak: Firasat (Rahsia Mengenal diri sendiri) melangkah dan berjaya. Rahsia mimpi anda. Temanku pemimpin2 (Sabah). Mengapa Rosli Dhoby dan Tiga Hero Sarawak dihukum Bunoh?

Mula menulis cerpen dan rencana tahun 1960, diMajalah Malaysia, Utusan Filem dan Sport, Majalah Filem Malaysia, Rita, Berita Filem, Masa, Seni, Mastika Utusan Melayu, Utusan Bumiputra, dan Kina balu Sabah Times.

Apa orang Melayu Melaka ada.

“Seorang taukeh China di Melaka boleh membeli semua tanah yang dipunyai oleh orang-orang Melayu Melaka’.

Perkara ini pernah diperkatakan pada satu ketika dahulu. Kenapa dan mengapa masalah yang sensitive ini ditimbulkan tak ramai orang yang ambil tahu.
Kebanyakan orang hanya memikirkan siapa sahaja yang menimbulkan khabar-khabar angina yang berdasarkan perkauman,orang itu ingin merosakkan perpaduan rakyat.
Buat saya siapa yang memperkaakan perkara ini tidak penting,kalau ia pun apa sangatlah pada diri orang yang berkata. Yang penting ialah apa yang telah diperkatakan.

“Seorang taukeh China dalam Melaka ini boleh membeli semua tanah orang Melayu dalam Melaka”.

Kepada mereka yang suka bertanya, tidak kiralah sama ada orang Melayu atau orang China, siapa taukeh yang begitu kaya sekali ni?
Benarkah ada orang China Melaka yang sudah jadi begitu kaya sekali?
Bagaimana dia boleh jadi begitu kaya?Dan dari mana dia boleh mendapatkan begitu banyak wang?

Kalau dia boleh jadi sampai begitu kaya kenapa pula bangsa lain rakyat Malaysia tidak boleh mengikut jejak langkahnya?
Orang yang mempunyai fikiran secara positif, orang yang kenal dan percaya akan dirinya sendiri, tidak hairan.
Negara kita mengamalkan perdagangan bebas. Siapa saja yang berusaha, siapa saja yang bersungguh mencari kekayaan dia boleh mendapatnya.

Beribu ribu orang yang sedar akan hakikat dasar ekonomi baru telah menjadi kaya raya.

Tujuan kerajaan mengadakan rancangan Malaysia pertama, kedua dan ketiga ialah untuk menghapuskan kemiskinan.
“Tapi kalau orang miskin mahu terus hidup dalam kemiskinan,kerajaan boleh buat apa?”


“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu satu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya’.
Kalau kerajaan telah membuat segalanya untuk manusia terutama orang Melayu perlu apa tuhan mengadakan syurga Neraka?”.
Belum ada orang Melayu yang mati kebuluran dalam Melaka. Subur juga untuk mencari peminta sedekah di Melaka. Ini membuktikan orang Melayu Melaka senang.

Biar pun orang suka bersenda dan mengusek; Apa yang tinggal pada orang melayu Melaka? Ramuan dan Bukit telah menjadi Hak cina, Alor dipunyai oleh gajah, Tanjong dimiliki oleh Kling dan adapun Batang dah jadi kepunyaan sebuah syarikat kenderaan dibawa kesana ke mari oleh batang Bas. Kalau adapun yang tinggal hanya pohon Melaka dan buahnya menjadi kepunyaan orang Melayu”.

Sebenarnya mengikut kajian, 43 peratus dari tanah di Melaka ini masih milik orang Melayu. Walau pun ada setengah tanah EMR telah dipajak dan digadai kepada orang lain.

Kepada orang Melayu yang tidak mahu ambil tahu masa depan mereka. “Peduli apa orang China hendak membeli semua tanah orang Melayu Melaka?

Bumi tuhan luas. Kalau iapun dunia ini pinjam-pinjaman,tempat tumpang lalu sahaja. Bila mati nanti semuanya tinggal. Buat sementara waktu, di tengah tengah Bandar Melaka, sawah padi kepunyaan orang Melayu masih luas terbentang.
Sama ada sawah padi itu boleh mengeluarkan hasil yang mencukupi atau tidak, itu juga tidak penting. Asal ada sudahlah. Inilah sikap segelinir orang Melayu yang masih tidur biarpun sudah lebih 20 tahun Malaysia merdeka.

Sudah menjadi kebiasaan ada satu golongan manusia yang tidak mahu ambil tahu apa saja yang berlaku dalam dunia ini, asal mereka boleh makan,minum, tidor, beriseri dan beranak sudah, yang lain pergi jahanam.

Tanpa disedari kebanyakan orang Melayu masih berfikir secara begini, buku revolusi mental belum pernah menjenguk ke pintu rumah mereka dan mereka tidak berupaya untuk mencari dan membaca buku setebal revolusi mental.
Samalah seperti mereka tidak berupaya membaca tafsir Al-quran. Pengetahuan itu terlalu tinggi untuk mereka.

Ada satu lagi golongan orang Melayu yang membaca akhbar dan yang telah pandai membawa majalah-majalah pengetahuan sudah menjejakkan kaki ke Universiti dan mula membuka mata dan telinga.

Mereka tahu yang setiap hari orang Melayu jadi tambah miskin disebabkan keadaan hidup yang makin bertambah tinggi dan orang lain yang semakin hari menjadi semakin kaya. Apa boleh buat mereka orang makan gaji. Yang mesti sentiasa menurut perintah. Atau orang yang baru mula berniaga dan mesti jadi oportunis. Soal kaya miskin orang Melayu masalah Negara. Masalah pemimpin biarpun pemimpin yang mereka terpileh itu wakil rakyat yang mungkin lebih tidak berguna dari mereka. Apa boleh buat rakyat sudah terpileh yang berhormat wakil rakyat yang mereka pernah hormati. Wakil rakyat yng diubah oleh rakyat bukan yang mengubah nasib rakyat. Bukankah sudah menjadi kebiasaan kita ikut saja trend yang sudah ada.

Segelintir saja orang melayu yang tengok, lihat memerhati dan benar benar menggunakan mata,memandang satu satu masalah dengan pandangan mata hati dan kepala. Tidak melatah dan melompat, tidak takut dan berputus asa. Tidak bimbang dan ragu. Orang melayu yang sudah mengetahui hak asasi manusia sebagai satu bangsa yang berdaulat dan merdeka.
Mustahil semua orang melayu di melaka akan menjualkan semua tanah mereka kepada taukeh cina dan menjadikan dia raja di melaka biarpun dia berketurunan laksemana Cheng Ho.

Dan orang china di Melaka pun tidak setamak itu. Kalau semua kekayaan sudah menjadi hak milek mereka entu ini akan melambangkan ekonomi yang tidak sejajar dan seimbang.
Yang menjadi tanda Tanya hari ini ialah apa yang melayu melaka ada?
Jawabnya sawah lading yang luas terbentang terbiar seperti tanah yang tak berharga. 43% tanah dalam Melaka masih orang Melayu punya.

Apa yang hendak dibuat dengan tanah yang luas dan sangat berharga dan diperlukan oleh semua warga Negara?

Biarkan begitu sahaja, biarkan orang perniagaan yang bijak pandai memutar belitkan mereka semua?

Kerajaan tidak boleh buat segalanga untuk orang Melayu? Dengan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan Melaka di bawah pimpinan YB Ghani Ali. Tanah yang murah sudah menjadi mahal. Orang melayu miskin beruntung boleh jadi kaya, kalau ada ahli ahli fakir melayu yang sanggup cari jalan dalam segala macam bidang. Kenapa pihak suasta boleh buat industri boleh buat perumahan dan berbagai projek.
Dalam Negara yang mengamalkan free enterprise ini semua orang mesti berusaha sendiri.
Timbulnya segala macam masalah hari ini mungkin rakyat tidak tahu atau belum diberi tahu siapa mereka? Apa hak mereka?

Kalau rakyat sudah tahu yang mereka semua boleh jadi kaya raya seperti orang yang mendatang. Tentu tidak akan timbul perang politik di Melaka.Kerana ada orang melayu yang buka lading kelapa sawit.
Samada kita mahu mengakuinya atau tidak kita semua sedang berperang perasaan dan kalau perang perasaan ini tidak ditamatkan dan diselesaikan kita akan berbunuh sesama sendiri.

Dalam buku kecil ini saya bawa dan tunjukkan peperangan yang sedang berlaku dengan hebatnya di seluruh melaka yang bermula dengan sebuah estate Melayu. Namanya Sri Linnga SDN BHD, di kuala linggi.
Bacalah buku ini dari awal hinnga akhirnya kalau kurang faham ulang semula. Para pembaca yang bijaksana akan bersetuju dengan apa yang dimaksudkan dengan perang perasaan

No comments:

Get your Tickets now!