Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 2 - Melangkah dan Berjaya - 1969


Melangkah dan Berjaya

SATU PRAKTIS MENGENAI 'ILMU PELANGKAH'

rahsia 'langkah kanan'

MENGANDUNGI SEGALA MACAM ILMU PENGETAHUAN YANG LUAR BIASA, RAHSIA-RAHSIA GANJIL AMALAN YANG PELIK, HIKMAT YANG AJAIB




















Dalam gambar ini kelihatan S.H.ALATTAS atau Pa' Belalang Moden melihatkan tapak tangan seorang Ratu Cantik katanya" Melihat nasib ini adalah satu hobby, percayakanlah pada Allah, tilik menilik ini mainan dunia."






















MELANGKAH & BERJAYA adalah sebuah buku yang mengandungi 1001 macam hikmah yang boleh anda jadikan panduan hidup.

Ia akan menjadi pelita untuk menerangi hidup anda
Cara-cara bagaimana anda akan disukai oleh ketua pejabat, kekasih, atau sesiapa sahaja yang anda hajatkan. Berbagai-bagai rupa petua, jampi, serapah-serapah dan cara memuja semangat, ada dipersembahkan dengan gaya moden.

jadikanlah MELANGKAH & BERJAYA sebagai anak kunci untuk membuka pintu kejayaan yang selama ini menjadi satu impian dan khayalan semata-mata.







PENGAROH DAN KESAH CHERITA MAT JENIN

Tidak ada orang Melayu yang tidak kenalkan Mat Jenin. Namanya begitu mashor dan pengaroh-nya terlalu berkesan kapada anggota masharakat Melayu am'-nya hingga hari ini.

Cherita-nya berchorak komidi, luchu. Tapi di sebalek keluchuan itu terselit duri2 yang manchengkam daging. Duri2 yang ada tersemat pada cherita itu lebeh burok kesan-nya dari kuman2 cancer atau T.B. Bila ia sudah terpaku dalam ingatan, ia akan merosakkan dan merachunkan segala semangat dan daya creatif yang ada pada sa-saorang itu.

Orang yang belum tahu kesan2 yang di-tinggalkan oleh cherita ini suka mempersendakan kiasan cherita-nya kapada orang lain. Tak terfikir oleh-nya betapa burok usekan yang di-lemparkan-nya itu. Pada hal usekan sa-umpama itu lebeh bahaya dari pistol yang menggunakan selenser.

Tahu-kah pembacha bahawa Mat Jenin akan menjelma sebagai hantu atau momok yang paling menakutkan? Sa-chepat kilat ia boleh memusnahkan angan2 dan fikiran yang baahru berpuchok. Nama-nya saja boleh menghancorkan leborkan chita2 yang mula bertapak di-hati anak muda.

Andai-nya pengaroh busok ini di-biarkan hidup terus, sudah tentu orang yang mudah terpengaroh akan hidup dengan fikiran kosong. Semangat untok membangun dan berdikari akan mati terkubor dalam keadaan yang takut dan putus asa.

Terlebeh dahulu mereka akan terbayang kesudahan Mat Jenin Yang berkhayal dengan angan2-nya hingga terjatoh dari pokok kelapa yang di-panjat-nya. Tentu-lah sia2 sahaja angan2-nya.

Zaman ini bukan lagi zaman orang Melayu hidup dengan mengambil upah memanjat kelapa. Tetapi zaman perindustrian dan rebolusi mental. Tiap orang perlu berfikir dan berikhtiar untok mengubah chorak hidup-nya. Jika tidak, dunia ini tidak ada tempat untok-nya.

Mula2 mustilah berangan2. Dan apabila sudah di-praktikan keazaman yang kukoh, angan2 yang tadi-nya merupakan khayalan akan ujud sa-bagai satu chita yang bukan lagi mustahil di-perkatakan.

Nyata-lah bahawa angan2 itu ada-lah satu dasar yang harus di-bentok oleh tiap2 insan yang ingin maju.

Chuba katakan kapada saya, apa-kah satu ranchangan yang tidak di-mulakan dengan angan2?

Ranchangan itu sendiri ada-lah angan2. Tetapi oleh sebab ranchangan itu bertulis dan di-buat oleh orang yang bertanggongjawab, maka di-namakan ranchangan. Kerajaan punya ranchangan lima tahun-nya. Bukan-kah itu juga angan2 nama-nya?

Mat Jenin ada-lah sa-orang yang mempunyai ranchangan2 untok masa depan-nya. Ia sa-orang optimis. Ia tidak ingin selama2-nya menjadi sa-orang yang mengambil upah memanjat kelapa. Ia mahu hidup seperti orang lain. Mewah dan senag hasil dari usaha-nya sendiri. Ia tidak mengira dari mana asal-nya. Yang mustahak, bagimana chorak hidup-nya di-hari akan datang.

Begitu juga dengan semua riwayat hidup orang yang sudahberjaya. Baik dari segi ilmiah mahu punharta kekayaan dan juga dalam lapangan seni dan teknik.

Kalau tidak berangan2, masakan Sir Isec Newton mengetahui tentang 'earth gravity' ia-itu kuasa tarekan bumi. Demikian juga hal-nya dengan Walt Deseny. Bukan-kah beliau yang telah menchipta "Deseny World"? Beliau memulakan hidup-nya sambil berangan2 dari hal tikus yang akhir-nya menjadi "Miki-Mouse" hingga beliau menjadi sa-orang yang kaya raya. Beliau sukses kerana tahu menggunakan kuasa angan2-nya.

Kalau hendak di-suratkan, satu gedong buku pun tidak chukup untok memuatkan segala riwayat hidup orang2 yang memulakan segala kajayaan mereka dengan berangan2 terlebih dahulu.

Tapi sayang-nya pengarang cherita Mat Jenin tidak sedarkan perkara ini. Mungkin dia tidak pernah belajar berkenaan dengan kuasa pemikiran. Mungkin zaman-nya manusia tidak di-benarkan berangan2.

Sebagai sa-orang penulis, bukan-kah dia berangan2 dulu sa-belum menimbulkan karektor Mat Jenin yang boleg menjadi mashor dan begitu besar pula behaya-nya kapada bangsa-nya.

Dalam soal ini, pengarang cherita ini-lah yang patut di-salahkan. Kerana telah membunoh hero-nya ditengah2 cherita-nya. Menjadikan pelakun utama-nya yang pada mula-nya begitu dinamik dan bersemangat bertukar menjadi sa-orang komidi yang gagal dan mati sa-belum ia sempat turun ka-bumi untok memulakan ranchangan2 yang telah di-ator sa-waktu ia berangan2 tadi. Sekira-nya Mat jenin di-beri peluang untok meneruskan angan2-nya, lambat laun ia pasti berjaya juga.

Aapa juga tujuan pengarang menulis cherita ini tidak-lah menjadi soal. Yang penting-nya ia-lah kita yang telah membacha cherita itu mesti berfikir dan mengkaji pengaroh dan kesan2 yang di-tinggalkan kapada pembacha-nya.

Ada-lah satu perkara yang tidak mustahil bagi sa-saorang itu mendapatkan setiap barang yang di-perlukan. Asal saja tidak menghabiskan masa hidup-nyas dengan berangan2 tanpa di-praktikkan.

Fikiran kita boleh memberikan apa yang kita kehendaki. Kerana di-dalam-nya terdapat suatu kuasa yang luar biasa yang mana besar kemungkinan-nya kita tidak di-beri pengajaran bagaimana untok menggunakan dan menguasai kuasa ini.

Satu lagi kesalahan yang besar yangg telah di-buat oleh pengarang cherita ini ia-lah dengan menjahanamkan satu emosi yang sangat mustahak di-dalam perpustakaan kita. Lantaran itu Mat Jenin telah gagal untok mengusahakan segala anga2-nya. Ia dengan sendiri-nya telah memaksa supaya orang lain jangan berangan2. Hanya bershukor kapada apa yang sedia akan bahaya-nya. Pepatah yang berbunyi "Razeki sa-chupak tak akan jadi sa-gantang".

Tetapi kita sudah terlupa bahawa angan2 itu ada-lah sifat yang mutlak yang mesti di-punyai oleh setiap orang yang mahukan kemajuan. Ketika menulis, membacha, menchipta seni musik atau mengarang sajak2 ada-lah menjadi hak mereka untok berangan2 terlebeh dulu. Tanpa angan2, tak mungkin ada-nya kejayaan dala hampir semua bidang.

Shukur-lah masa sekarang perkataan angan2 dan cherita2 Mat Jenin sudah tidak begitu popular lagi. Barang kali sudah banyak orang yang telah membacha buku2 berkenaan dengan "auto-segesti" atau "Mind Power", Magnetik cherita Mat Jenin itu sudah tidak boleh meresap dan merosakkan pemikiran mereka lagi.

Tetapi berapa kerat sahaja dari orang kita yang tahu bagaimana hendak menggunakan pikiran mereka untok membawakan mereka semua ka-kemunchak kejayaan?

Saya bukan-lah sa-orang ahli di-dalam ilmu ini. Tetapi selama sa-puloh tahun saya mempelajari dan menganalisa, saya dapati cherita Mat Jenin ada-lah satu daripada faktor2 yang telah menyebabkan kemundoran orang Melayu.

Menguasai angan2 ada-lah satu kunchi yang dapat membuka semua jalan menuju kejayaan yang mana selama ini tersembunyi dan di-rahsiakan. Dari itu untok menchari kekayaan, kemashoran dan kejayaan belajar-lah bagaimana menguasai angan2.

No comments:

Get your Tickets now!