Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 32 - Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi - 1998

SHALATTAS - 32 - Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi - 1998






















AKUAN BERSUMPAH
1. Saya, AZIZAN BIN ABU BAKAR (NO. K/P. 600814-05-5115) adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur yang beralamat di No. 3402, Pangsapuri Dahlia A, Jalan 3/11, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

2. Saya berikrar dan bersumpah bahawa saya tidak pernah mengenali penulis atau pencetak buku yang bertajuk "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM" (seterusnya dirujuk sebagai "buku tersebut").

3. Saya berikrar dan bersumpah bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua cara pun dengan penulisan, percetakan, penjualan dan pengedaran buku tersebut.

4. Saya berikrar dan bersumpah bahawa saya telah dihubungi oleh pihak polis baru-baru ini berhubung dengan siasatan mengenai buku tersebut. Maka saya telah pergi ke Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman untuk membantu siasatan polis. Ketika itu pihak polis telah merujuk saya kepada bahagian buku tersebut yang berkait dengan saya.

5. Saya berikrar dan bersumpah bahawa kandungan buku tersebut setakat mana ianya merujuk kepada saya adalah tidak benar sama sekali, dan adalah berniat jahat.

6. Saya membuat Akuan Bersumpah ini atas alasan agar kenyataan-kenyataan saya mengenai perkara-perkara yang tersebut di atas adalah dirakam sebagai rekod peribadi saya. Saya telahpun memberi kenyataan mengenai perkara-perkara tersebut di atas semasa saya dihubungi oleh pihak polis dalam penyiasatan polis mengenai buku tersebut. Seterusnya saya akan memberi keterangan bersumpah mengenai perkara-perkara yang termaktub dalam Akuan Bersumpah ini pada sebarang prosiding kehakiman yang berkaitan dengan perkara buku tersebut kelak.

7. Saya membuat Akuan Bersumpah ini dengan penuh kepercayaan bahawa segala kandungan dalam akuan ini adalah benar mengikut pengetahuan saya dan saya membuat akuan ini dengan kerelaan hati saya sendiri tanpa paksaan dari sesiapa dan menurut kehendak yang terkandung dalam Akta Akuan Berkanun, 1960."

10 AUG 1998






















ISI KANDUNGAN

MUKADIMAH
1. Konspirasi Reformasi Kopikasi Wangkasi Tak Ada Saksi
2. Bukan Setanlah... Syaitan.. Sultan
3. Kiai Zahid Merempuh Empire Maha
4. Anwar, Mahathir Dan Renaissance
5. Masalah Ayam Pun Tak Boleh Selesai
6. Nak Ikut Quran Atau Qarun?
7. Nerakalah Matlamat Hidup Kita?
8. Mahathir Double Standard
9. Kenapa Dan Mengapa Kita Jadi Begini?














ISBN : 983 - 9438 - 05 - 0

1 comment:

Anonymous said...

Ehe.. saya penah baca buku ni. Prakatanya berbunyi:-

Mahathir
Anwar
Konspirasi
Reformasi
Kopikasi
Wangkasi
Tak ada saksi..

cantikk...

Get your Tickets now!